Cukur Rambut

salam,
hari khamis 11nov 2010 hritu,.. 
ada wat knduri n cukur rambut baby..
meh kte tguk..^-^



...Tok Wan duk cukur rambut cucunye..^-^....



.................Tada..comeyer...^-^........


Demi Masa

Assalamualaikum..

buat..familyku..sahabatku..kwn2ku..
&
buat diriku yang selalu lalai..


Setiap detik..masa..& hari yang indah ini..
marilah kita melakukan kerja yg bermanfaat..
ada tanggungjawab yg perlu dibuat...jgn terlalai dgn perkara yg tidak berfaedah..





9 Dzulhijjah

Rukun Haji
a. Niat
b. Wuquf
c. Tawaf Haji
d. Saie
e. Bercukur
f. Tertib
WUKUF di Padang Arafah
"Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang kedua tetapi yang utama dari rukun-rukun haji itu. Itu adalah berdasarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Dari Abdul Rahman bin Ya'mur r.a katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w menyuruh seorang penyeru menyerukan : "Haji itu ialah "Arafah". Barang siapa datang pada malam tanggal sepuluh, sebelum terbit fajar, bererti dia telah mendapatkan Arafah" (Riwayat - Ahmad dan Ashabus Sunan) Apabila tiba 8 atau 9 Zulhijjah, setelah berihram (bagi mengerjakan haji secara tamattu') maka berangkatlah untuk berwukuf di Padang Arafah. Arafah letaknya di luar Tanah Haram dan jauhnya dari Mekah lebih kurang 12 batu atau 18 kilometer."
Arafah merupakan sebuah lembah yang terletak di antara Muzdalifah dan Thaif. Terbentang mulai dari perbatasan kawasan Arafah sampai di gunung yang dinamakan Jabal Arafah. Yang mengelilingi lembah ini mulai dari arah timur berbentuk seperti setengah lingkaran


Hari ‘Arafah  iaitu 9 Dzulhijjah adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah” (Riwayat Imam Muslim).Disunatkan kita berpuasa pada hari tersebut, dalilnya ialah; hadis dari Abu Qatadah r.a. yang menceritakan; Nabi s.a.w. ditanya tentang puasa hari ’Arafah. Baginda bersabda; “(Puasa hari itu) dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang” (Riwayat Imam Muslim).






 Daripada,





Indahnya Kurniaan Ilahi

5hb Nov 2010, Jumaat 28 Zulkaedah 1431Hijrah
Wad 2A,no 17, Putrajaya.

Alhamdulillah. bersyukur ke hadrat Ilahi
di atas limpah kurnianya menganugerahkan cahaya mata buat Along & K.Long^-^. 

 Una dapat gelaran Maksu la nmpaknye..hehhe^-^.. gembira tu mmg x leh nk ckp.. detik menunggu mase kt luar bilik bersalin mmg mendebarkan.. tnggu punye tunggu.. sambil bc Yassin.. Selawat...Dzikir smua.. akhirnya pada detik lebih kurang jam 11.30pg. K.Long selamat melahirkan anaknya yg kiut miut tu..Alhamdulillah ^-^ Erm..sakan nak beli baju baby la jp g nie. hehehe:)  Tidak lupa juga,hari khamis ni, InsyaAllah..Majlis cukur rambut akan dibuat. mengikut sunnah, 7 hari slpas kelahiran rambut bayi dicukur^-^

Baby:)

Sunnah-sunnah dalam menyambut kelahiran bayi.

Terhadap keluarga bayi: 
  • Memberikan kabar gembira tentang kelahiran si bayi kepada keluarga dan kerabat orang tua si bayi. 
  • Memberikan ucapan selamat atas kelahiran bayi dan mendo’akannya.

Terhadap bayi: 
  1.  Mengumandangkan azan
  2. Tahnik
  3. Pemberian nama
  4. Aqiqah
  5. Cukur rambut
  6.  Khitan / sunat.
  • Dari al-Hasan bin Ali dari Rasulullah s.a.w., baginda bersabda: Barangsiapa yang anaknya baru dilahirkan, kemudian dia mengumandangkan azan ke telinga kanannya dan iqamat di telinga kirinya, maka anak yang baru lahir itu tidak akan terkena bahaya `ummu shibyan' (angin dr jin). 
  • Anak yang baru menghirup udara dunia ini telah diajarkan dengan aqidah dan syariat Islam, sebagaimana seseorang yang akan mati diajarkan dengan kalimah tauhid `La ilaha illallah’. Agar pengaruh azan ini dapat meresap ke dalam diri anak ini. 
  • Azan ini ialah untuk mengusir syaitan yang memang menanti-nanti kelahiran bayi ini. 
  • Azan dikumandangkan ke telinga bayi agar seruan dakwah kepada Allah dan agamanya dapat mendahului seruan jahat syaitan. 
  • Azan dan iqomah yang diperdengarkan akan dirakam oleh bayi berkenaan yang menjadi sebahagian dari pendidikan tauhid, syariat dan akhlak

...:: Didoakan moga semuanya selamat ::...

1 Nov 2010

Tanggal 1 Nov 1961..Sg.Kecil Hilir,Bandar baru,Kedah.. Lahirlah seorang insan bernama Rosnani Othman. Berkelulusan Diploma Syariah, Universiti Malaya. Namun menjadi seorang surirumah semata-mata utk mendidik anak2 supaya menjadi Insan yg berguna. Seorang Ibu yang tabah, berani serta cekal dalam menjalankan tanggungjawab sbg seorg Ibu..Jasamu akan ku kenang hingga akhir hayat.. 

Ku tahu keinginan mu utk melihat kami berjaya di dunia & akhirat. Segala penat lelah mu & diiringi doamu tidak akan ku hampakan.. Diharap moga suatu hari nnt kejayaan dpt digapai & memberi cahaya kegembiraan buat dirimu,Umi.. 

Ya Allah bantulah hamba mu ini dalam mengharungi kehidupan & mencapai kejayaan serta kebahagian didunia & akhirat dengan kasih sayang & diredhaMU,Ya Allah..

UNA SAYANG UMI!! ^-^


Labels

Award (4) Ceramah Ustaz (1) edu (1) FardhuAin (1) HomeDeco (1) IT (3) Job (2) Love (8) Other (5) Pendidikan kanak2 (3) Puasa (2) Sekolah (1) Tazkirah (15)
 
♥Husna'sBlog♥ © 2012 | Designed by Cheap TVS, in collaboration with Vegan Breakfast, Royalty Free Images and Live Cricket Score