9 Dzulhijjah

Rukun Haji
a. Niat
b. Wuquf
c. Tawaf Haji
d. Saie
e. Bercukur
f. Tertib
WUKUF di Padang Arafah
"Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang kedua tetapi yang utama dari rukun-rukun haji itu. Itu adalah berdasarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Dari Abdul Rahman bin Ya'mur r.a katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w menyuruh seorang penyeru menyerukan : "Haji itu ialah "Arafah". Barang siapa datang pada malam tanggal sepuluh, sebelum terbit fajar, bererti dia telah mendapatkan Arafah" (Riwayat - Ahmad dan Ashabus Sunan) Apabila tiba 8 atau 9 Zulhijjah, setelah berihram (bagi mengerjakan haji secara tamattu') maka berangkatlah untuk berwukuf di Padang Arafah. Arafah letaknya di luar Tanah Haram dan jauhnya dari Mekah lebih kurang 12 batu atau 18 kilometer."
Arafah merupakan sebuah lembah yang terletak di antara Muzdalifah dan Thaif. Terbentang mulai dari perbatasan kawasan Arafah sampai di gunung yang dinamakan Jabal Arafah. Yang mengelilingi lembah ini mulai dari arah timur berbentuk seperti setengah lingkaran


Hari ‘Arafah  iaitu 9 Dzulhijjah adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah” (Riwayat Imam Muslim).Disunatkan kita berpuasa pada hari tersebut, dalilnya ialah; hadis dari Abu Qatadah r.a. yang menceritakan; Nabi s.a.w. ditanya tentang puasa hari ’Arafah. Baginda bersabda; “(Puasa hari itu) dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang” (Riwayat Imam Muslim).






 Daripada,





0 comments:


Labels

Award (4) Ceramah Ustaz (1) edu (1) FardhuAin (1) HomeDeco (1) IT (3) Job (2) Love (8) Other (5) Pendidikan kanak2 (3) Puasa (2) Sekolah (1) Tazkirah (15)
 
♥Husna'sBlog♥ © 2012 | Designed by Cheap TVS, in collaboration with Vegan Breakfast, Royalty Free Images and Live Cricket Score